Sunday, March 4, 2012

Ikhlas Dariku..



Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa aku sangat bersyukur kepada Allah,

atas anugerah terbesar yang pernah aku terima.

Seorang suami yang sedarhana,

namun keredhaan & keikhlasannya menerima diriku sebagai isterinya,

membuat aku tidak henti bahkan tidak akan pernah berhenti bersyukur kepada Allah,

atas pernikahan paling indah yang diberikan oleh Nya kepadaku.


Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa besar rasa maluku,

kerana masih banyak kekurangan pada diriku.

Dan sungguh banyak kelebihannya,

yang mungkin aku tidak akan mampu menandinginya,

dia lelaki ikhlas menerima segala kelemahan & kekuranganku sebagai isteri.


Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa bangga & bersemangatnya diriku,

kerana dukungannya terhadap perjuanganku untuk terus memperbaiki diri,

aku memang bukan perempuan yang sempurna,

dan dia juga bukan lelaki yang sempurna,

tetapi Allah telah memilihnya untuk menjadi pasangan hidupku

dan juga ayah anak-anakku,

semoga inilah yang terbaik menurut Sang Maha Penentu Takdir.


Ketika kutatap wajah suamiku...

disaat dia sedang lelap tertidur,

tidak terasa menetes air mataku,

kerana rasa syukur kepada Allah atas anugerah terbesarNya..

Friday, December 2, 2011

Ya Allah...sudilah Pandang Kami...

Langkah perjalanan ini.. kakiku melangkah memasuki sebuah masjid..haknya untuk menunaikan kewajipan dengan rasa penuh kehambaan. .Terharu dengan alunan bacaan al-Qur'an yang indah, betul molek lenggok tajwid serta makhrajnya, disertai qiraat yang pelbagai menjadikan sebuah masjid menjadi mihrab pengabdian yang indah bagi insan yang mendamba rahmat Allah s.w.t. Hati ini tersentak tatkala si imam terhenti dan mengulangi sepotong ayat dari surah an-Naml: (15) Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebayakkan hamba-hambaNya yang beriman".


Teringat taujihat yang disampaikan oleh ustaz Idris Yusoff mantan presiden gamis, mantan presiden isiukm akan ibrah yang boleh diambil dari surah ini. Terasa sebak tiba2 mengagumi kalamullah yang terkena terus pada diri sendiri. Tafsir biasa mungkin tidak meresap ke dalam jiwa kita, kerana sekadar membaca tafsir dan tidak disertai dengan tadabbur yang meresap ke dalam hati mungkin tidak ada manfaatnya. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman telah dilebihkan oleh Allah dengan mengurniakan kerajaan dan negara yang hebat dan kekuasaan memerintah.


Alhamdulillah3x.. bicara diatas hanyalah muqaddimah baru..


Syukran kathir kepada semua yang terlibat menggerakkan program "KEMAS" baru2 ini..di sebuah hutan, ditemani shbt2 flora dan fauna, kepada semua exco2 dan MT PMFPI dan juga ajk2ku.. jasa dn penat lelah kalian semua hanya Allah yang mampu membalasNya.. juga kepada para peserta kemas semuanya adik2ku.. sungguh tabah menghadapi liku2 ujian yang sengaja diuji untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kekentalan jiwa adik2 menghadapi sedikit ujian cuma. Adik2ku.. kita ditemukan dengan takdirNya disebuah program..kita selimutkannya dengan cadar keikhlasan.. keakraban yang terbina disulami kejujuran.. persahabatan ini tiada nokhtahnya & ia xkan putus sampai bila2 kecuali kita yang memutuskannya.. "BILAKAH LAGI..KITA SEMUA 1 HATI.."


Adik2ku.. renungkanlah ayat dalam surah an-Naml itu dan refleks dengan diri kita. Betapa bertuahnya kita menerima hidayah Allah s.w.t di samping ramai lagi manusia di sekeliling kita. Kita juga telah dipilih Allah untuk memahami suatu pemahaman Islam di mana ramai orang Islam masih kabut dengannya. Kita telah dipersilakan Allah untuk berjuang di jalanNya sedangkan tidak ramai orang muslim yang mengetahui tanggungjawabnya. Allah telah merahmati kita dengan 1 jalan yang tidak ramai mereka yang boleh bersabar dengannya, jalan tarbiyyah ke arah mardhatillah. Firman Allah: "Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk".


Kita renungi ayat ini adik2ku.. kesyukuran Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah berkenaan kelebihan yang Allah berikan atas hambaNya di atas hamba2Nya yg mukmin. Sememangnya manusia itu dipilih bertingkat2tingkat dari kafir kepada muslim, daripada muslim kepada mukmin, dan daripada mukmin itu pula ada tingkat lebih lagi, tingkatan yang hanya di capai oleh para Nabi dan Rasul, serta hamba2Nya yang telah dipilih oleh Allah.


Adik2ku ikhwah akhawat, renungilah betapa sayangnya Allah terhadap kita, yang telah melebihkan pemahaman kita atas manusia yang lain, yang telah memilih kita sedangkan mungkin kita pun tidak mencari tapi rahmat Allahs.w.t. kita terdampar di atas satu jalan yang suci ini. Ya Allah, kekalkanlah kami dalam pilihanMu.. Ya Allah.. segala puji bagiMu yang memilih kami.. Ya Allah..sudilah pandang kami yang tidak berharga ini.. jadikanlah kami hambaMu yang terpilih.. Ya Allah, kukuhkanlah pendirian kami dan berterusan dalam menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil, dalam menyuluh cahaya dan menarik keluar dari kegelapan ideologi2 barat sekularisme, liberalisme dn seangkatan dgnnya..Amin Ya Rabbal a'lamin..


ikhlas dari ~Kak Fizah~

Thursday, October 20, 2011

Hujan Rintik-Rintik..




Ya Allah...3x


Yang Maha Penyantun juan Maha Lemah Lembut


Aku menangis Ya Allah

Seharianku


Esakan airmata jua hati ini


Hinanya aku ya Allah


Aku tidak layak langsung ya Allah


Ya Allah...


Yang Maha Pengampun jua Penyayang


Aku kelu, aku bisu


Adakah esakan ku doa ku..


diterima...


Aku hanyalah insan biasa


Berusaha terbaik merancang


Tetapi.. Betapa rendahnya kedudukanku


Aku tidak layak langsung Ya Allah..


Yang Maha Pendamai dan Penenang


Aku pasrah aku redha


Apa jua balasan dariMu


Tersimpuhku pada sejadah


Tertunduk maluku menadah tangan


Hingga ku tersungkur terbaring.. Ya Allah...


Dengan NamaMU aku Merintih..


Terus mengharap tanpa henti...

Rintihan Seorang Hamba

Bismillahirrohmanirrohim..

"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" ayat ini mengisi segenap ruang direlung kalbuku yang nyata menjadi azimat dikala mengalami kedukacitaan yang dalam dan tidak terkira. Sejujurnya aku merasa kerdil untuk bermain kalimah yang mempunyai bisa. Namun ku gagahi jua kalimah berbingkai agar harapnya dapat menyuburkan rohani, memperingatkan yang leka, mendukung sama untuk "mengangkasakan" akhlak remaja khususnya pada diri ini. Haknya...untuk memberi kesedaran pada diri sendiri yang tersedia hanyut dalam diam.

Benar tahun ini terlalu banyak peristiwa yang memainkan peranannya. Sahabatku..realiti harianku bercelaru dengan banyaknya. Alhamdulillah tenang sekali kurasakan bilamana membaca bait-bait puisi dan rintihan Imam Bukhari, Munajat Seorang Hamba:


Di kala malam yang sunyi sepi..

Sedang bani insan tenggelam

dalam tidur dan mimpi

musafir yang malang ini

tersentak bangun pergi membasuh diri

untuk menghadapMu Tuhan..

lemah lutut berdiri di hadapanMu..

sedu sedan tangisan ku keharuan

hamba yang lemah serta hina ini

Engkau terima jua mendekati

Bersimpuh dibawah Duli KebesaranMu

Tuhan..

hamba tidak tahu pasti

bagaimana penerimaanMu

dikala mendengar pengaduan hamba

yang penuh dosa dan noda ini

dalam wahyu yang Engkau nuzulkan

Engkau berjanji menerima pengaduanku

Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan

dan sudi memberi keampunan

dan Muhammad RasulMu yang mulia itu

pernah mengatakan:

"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan..

hamba percaya pada tutur kepastian itu

sebab itu hamba datang wahai Tuhan

bukan tidak Redha dengan ujian

cuma hendak mengadu padaMu

tempat hamba kembali nanti

memohon sakinah

maghfirah dan muthmainnah










Tuesday, March 30, 2010

LAUTAN AIRMATA WANITA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


mmmm Seorang anak laki-laki bertanya kepada ibunya " mengapa engkau menangis wahai ibuku?" " kerana aku seorang wanita", kata si ibu kepada anaknya. " aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tidak akan pernah mengerti anakkuu". Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia telah menemukan jawapannya:

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun...harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada dicc suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya AIR MATA untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa ia memerlukan."

Renung-renungkanlah wahai setiap wanita....betapa istimewanya anda disisi Tuhan....betapa berharganya seorang wanita....Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang Dia larang, InsyaAllah tempat anda ada di "SANA".=)

Friday, January 8, 2010

CaNtik lwn GaGaH =)

Salam sejahtera, salam juang, salam mahabbah, salam rindu...diucapkan kepada pengunjung semua. Dah lama rasanya ana tak menulis. tak tau la kenapa, cuma tak de idea nak tulis. Ade juga orang bagi idea nak menulis tapi belum cuba2 nak menulis idea yang disarankan. hehe ^_^ sori ye kepada pemberi idea. Hari ni pun ana tak tau nak tulis apa. Cuma nak lepas gian menulis je.

KECANTIKAN LELAKI....

Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani,
lelaki yang cantik adalah lelaki yang mampu
mengalirkan air mata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka dan
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada
MUHAMMAD, Rasulullah s.a.w
Adalah kecantikan sempurna seorang lelaki.....=)


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah adalah perempuan yang tahan menerima
sebuah kehilangan
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung
kerinduan hati apabila ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta2 agar
dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan yang ada pada
KHADIJAH yang ehsan
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan......=)

Sunday, December 20, 2009

"Apakah Doa Kamu??"

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga @pun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar2 memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur diwaktu malam, si suami kejutkan isterinya suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah2 pula. Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah @ mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk dirumah sahaja sepanjang hari. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang2 balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik kemasjid je, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah baktinya kepada ibubapanya melebihi isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macammana doa anda yang dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang2 mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun masih ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pulak sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana2 perempuan pantang malah membenci suaminya berkahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan diatas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk memiliki suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, Isteri-isteri Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) @ akhirat, akhirnya mereka memilih akhirat. draf