Tuesday, August 4, 2009

KEKOSONGAN JAWATAN!!

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

KELAYAKAN
-Anda tidak perlu bawa sijil2
-Anda tidak perlu bawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang @ harta
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik@hensem
-Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila2 masa saja. Ia akan berlembut kepada orang2 tertentu dan akan bengis kepada orang2 tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata padanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata padanya: Duduklah kamu, kemudian (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tntang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka malaikat berkata: Sesungghnya engkau akn mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang ditanya. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya. Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Muhammad dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaAllah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padannya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri, dan hujung kaki)!! Sila war2kan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu a’lam. Semoga anda berjaya dalam temuduga ini……..






PESANAN KASIH KAKAK UNTUK ADIK2KU



Wahai adik-adikku,
Pertama: peganglah hatimu dan ketahuilah langit tak selamanya mendung. Suatu hari matahari mu akan menyinari hidupmu. Adikanda akan menghirup angin dengan penuh kelegaan di dada. Hari itu akan datang dan perkara pertama yang perlu adikanda lakukan ialah dengan mempercayainya dengan sepenuh hati. keyakinan itu memainkan peranan penting dalam penyudah hidupmu.


Adikanda, di dalam dirimu telah Allah swt letakkan kekuatan dan keistimewaan. Namun keistimewaan dan keuatan ini tidak mungkin muncul jika ia tidak digilap. Tahukah adikanda bagaimana Allah menggilapnya? Ya Sayangku, Allah menggilap kekuatan jiwamu dan menyerlahkan keistimewaan dirimu dengan memberi kamu pembelajaran dari hidup. Hidup ini sebenarnya universiti yang paling lengkap. Itulah kesedaran yang perlu wujud di dalam dirimu.
Jika adikanda ingin bangun kembali, janganlah menyalahkan takdir terhadap apa yang terjadi. Jangan sesekali engkau membenci dirimu. Kita ini adikanda telah terdidik untuk menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kepada kita. Mungkin adikanda masih ingat sewaktu dirimu kecil, apabila kita terjatuh atau terhantuk atau sebagainya, cepat sangat kita diajar untuk memukul lantai atau meja kerana menyebabkan kita terjatuh atau terhantuk.
Jarang kita diajar untuk menyedari bahawa kitalah yang membikin diri kita jatuh. Mungkin adikanda masih melihat ada ibu bapa dan penjaga yang melakukan perkara ini untuk memujuk anak-anak kecil mereka supaya berhenti menangis. Budaya ini melekat dan sebati di dalam diri kita.


Justeru itu sayang, kita susah untuk mengambil iktibar daripada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada kita. Namun jika adikanda ingin bangun dari jatuhmu, janganlah menyalahkan takdir. Kuatkan kembali semangatmu, bangkit kembali. Kuatkan jiwa mu. Hadapilah onak dan duri hidup dgn penuh ketabahan.