Sunday, December 20, 2009

"Apakah Doa Kamu??"

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga @pun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar2 memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur diwaktu malam, si suami kejutkan isterinya suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah2 pula. Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah @ mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk dirumah sahaja sepanjang hari. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang2 balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik kemasjid je, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah baktinya kepada ibubapanya melebihi isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macammana doa anda yang dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang2 mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun masih ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pulak sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana2 perempuan pantang malah membenci suaminya berkahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan diatas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk memiliki suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, Isteri-isteri Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) @ akhirat, akhirnya mereka memilih akhirat. draf

Wednesday, December 16, 2009

Pinjamkan Mata Dan Hatimu Sebentar..


" PEREMPUAN YANG SUCI ADALAH YANG DIJAGA ALLAH, TIDAK SEDIKIT PUN ALLAH MEMBENARKAN MANA-MANA LELAKI MENYENTUH DIRINYA WALAUPUN HATINYA... KERANA ALLAH TERAMAT MENCINTAINYA...TETAPI ANDAI KITA BERGELUMANG DENGAN CINTA LELAKI DIMANA ALLAH UNTUK MENJAGA KITA?? DILEPASKAN KEPADA SEORANG MANUSIA YANG LEBIH BANYAK MENGECEWAKAN KITA..JIKA ALLAH DATANGKAN KESEDARAN DALAM DIRI SUPAYA MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI BERMAKNA ALLAH MAHU MENGAMBIL KITA KEMBALI UNTUK DIJAGANYA...MENGAPA MASIH RAGU2? ADIK-ADIKKU......KEKUATAN USAH DITUNGGU TETAPI HARUS DICARI..."

Saturday, December 12, 2009

PERJUANGAN KITA!!


Adakah kau lupa...kita pernah berjaya...
Adakah kau lupa...kita pernah berkuasa..
Memayungi..2/3 dunia..merentas benua..melayar samudera,
Keimanan..juga ketakwaan..rahsia mereka capai kejayaan...

Bangunlah wahai anak bangsa,
kita..bina kekuatan..jiwa..tempuh,
rintangan perjuangan..

Gemilang..generasi yang silam..membawa..arus perubahan...

Keikhlasan..hati dan nurani..ketulusan jiwa...mereka berjuang...

Adakah kau lupa....

Sejarah..telah mengajar kita...budaya Islam di serata..dunia...
Membina...tamadun berjaya...
Merubah..mengangkat maruah....aaaa..

Adakah kau lupa...kita pernah berjaya...
Adakah kau lupa...kita pernah berkuasa...
Memayungi...2/3 dunia...merentas benua...melayar samudera...
Keimanan...juga ketakwaan...rahsia mereka...capai kejayaan....

ADAKAH KAU LUPA, ADAKAH KAU LUPA, ADAKAH KAU LUPA.........

Buat Si Gadis Manis...


Assalamualaikum. Alhamdulillah3x... bertemu kembali kita di dalam rancangan solehah stylo!! hmmm seronok sangat! terkenang kembali ukhuwah yang di bina dlm program baru2ni. Sejak pulang dari program, tangan ni terasa gatal untuk menulis warkah cinta untuk adik-adik gadisku yang manis-manis cam gula2. Jaga2 naaaa nnti bersemut pulak, hehe..

Gadisku...
Tahap keimanan sseorang bknnya diukur drpd stakat mn labuhnya tudung yg dipakai. Jauh skli utk mnilai iman dgn shelai tdung yg pnuh simbolik. Tak kiralah anda pkai tudung labuh ke, tdung tiga segi bidang 45'@48'@50'@55'@60' ataupun selendang! itu tak mnjdi persoalan. Yang mjd titik perbincgannya dan permasalahan ialah bagaimana cara anda mnutup aurat?? Yang pasti anda perlu mnutup aurat sebaris dgn ajaran Islam, sebaik mungkin. Tiada lagi teknik2 rebonding dn sebagainya...Apaa maknanya tudung??? kalau masih mngundang dosa free? Apa maknanya pakai tudung tp masih nmpk "bayang2" rambut teknik rebonding? Maka tutuplah sebelum ditutup dgn kafan putih.

Namun begitu, tudung yang dipakai oleh gadis nan ayu mampu membawa sejuta makna, dan juga melambangkan personaliti si gadis. Orang kata... pemakaian mlambangkan peribadi. Cara pmakaian anda menterjemah personaliti anda... bgaimana anda bijak mnguruskan diri, tahu memilih sesuatu yg sesuai dan membuat kputusan yg tepat. Sesungguhnya tudung, bila dikaitkan dgn iman, mereka saling memerlukan. Takkan ada tudung kalau tiada iman. Tanpa tudung, iman tidak sempurna.

Sesungguhnya tak ada istilah cincai2 cincau dalam bab ibadah. Islam menuntut umatnya melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara. Namun bukankah lebih elok jika bertudung dalam konteks yang lebih efektif.

Gadisku,
Ketahuilah antara sedar @ tidak, anda berpotensi untuk mjdi penyumbang kepada ribuan masalah rogol di luar sana. Kerana dressing yang merevealkan body curve anda, si kecil menjadi mangsa. Mungkin anda rasa itu bukan silap anda, malah tiada kaitan langsung. Kenapa aku yang bersalah sedangkan sikecil menjadi mangsa? TEORINYA MUDAH..

Sunday, December 6, 2009

BUDAYA ILMU

Kepada semua pembaca yang dikasihi... Sesungguhnya langkah pertama untuk menguasai ilmu adalah dengan membaca. Jadi perkara pokok dan utama yang perlu kita semaisuburkan dalam jiwa adalah budaya membaca. Namun realiti yang berlaku di Malaysia khususnya orang melayu belum memperlihatkan kewujudan budaya membaca yang menjadi teras penguasaan ilmu pengetahuan secara serius dan meluas kerana pemikiran masyarakat terutama PELAJAR hanya belaar untuk lulus dalam peperiksaan atau lebih mudah kita katakan, "membaca tatkala perlu sahaja". Perkara ini harus diberi perhatian secara menyeluruh kerana di kebanyakan rumah dan tempat kerja masih kurang ruang untuk membaca. Di samping itu, kempen yang dijalankan tidak bersungguh-sungguh hingga matlamat kempen tidak tercapai. Namun, masalah utama masyarakat kita ialah kekangan masa untuk diluangkan untuk membaca buku atas desakan kesibukan pekerjaan dan tugas masing-masing. Oleh itu, sudah tiba masanya, kita mengubah paradigma dengan berpegang bahawa menuntut ilmu itu satu kemestian dan membaca itu satu budaya yang mulia..

Saturday, December 5, 2009

Rehat2 Minda

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan pantai timur??? Jom kita lihat...

Bahasa Melayu Standard:
" Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara:
" Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak."

Loghat Pantai Timur:
" Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULANNYA: Tidak mungkin pipi emaknya tiada, tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Tuesday, September 22, 2009

SETIAP DARI KAMU ADALAH PEMIMPIN




"Kalau seorang muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mestilah bangga tatkala dia berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH." (Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La’ Tahzan)



“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan Negara. Tarbiyah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angina lembut yang tiba2 meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora." (Wadasar Dzulkhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 07-08)

Thursday, September 17, 2009

Kawan2 Jom Contohi Rasulullah s.a.w


Apakah rahsianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah s.a.w adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Ingatlah, dlm tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. BUKHARI DAN MUSLIM).


Mampu sahaja kita memakai segala apa pun yang indah2. Namun, kalau tidak memiliki hati yang indah, demi Allah, tidak akan pernah ada keindahan yang sebenarnya.

Tuesday, September 8, 2009

Pemimpin Zaman Ini

Kepimpinan adalah tanggungjawab adalah pemimpin. Bukannya jawatan untuk mengaut keuntungan peribadi. Allah berfirman: “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hukum di antara manusia, kamu menetapkannya dgn adil. “Sesungguhnya Allah mmberikan pengajarn yang sebaik2nya kpd kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisa’ :58). Ayat ini dturunkan kepada pemimpin supaya mnunaikan amanah ketika melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan urusan rakyat. Banyak lagi firman Allah yang berkaitan dgn “pemimpin”, apa itu amanah?? Tanggungjawab???.....

Andai kata kita memilih golongan yang cetek ilmu agama, tidak bertanggungjawab, amanah, ini bermakna kita melanggar perintah Allah kerana perbuatan kita meruntuhkan yang makruf dan menyemarakkan perbuatan mungkar. Inilah yang sedang berlaku dinegara malaysia yang dilebalkan sebagai ISLAM HADHARI. Lihat saja di Kuala Lumpur, berapa banyak disko yang diluluskan dan dijalankan perniagaannya pada malam hari sehingga berlaku kesesakan lalu lintas..

Hari ini jawatan kepimpinan menjadi rebutan di kalangan mereka yang berkepentingan (kroni2nya). Media massa dan taktik kotor digunakan bagi memperdaya masyarakat demi memancing pengaruh dan undi. Masyarakat pula tidak mementingkan amanah dan taqwa semasa memilih pemimpin. Apa yang lebih penting adalah projek, keuntungan dan material. Apabila ini berlaku, kehancuran dan kemusnahan menimpa masyarakat sebagaimana yang disabdakan nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: “Apabila urusan (umat) diserahkan kepada MEREKA YANG TIDAK LAYAK, tunggulah kehancuran.” Terlalu banyak porak peranda yang berlaku pada hari ini untuk dicoretkan. Contoh paling baik adalah Mustafa Kamal Ataturk, pemimpin negara Turki selepas kejatuhan Empayar Othmaniah. Selepas menjadi pemimpin turki, beliau melarang pemakaian pakaian Islam dan menggalakkan pemakaian ala barat. Beliau juga tidak mengizinkan azan dilaungkan di dalam bahasa arab sebaliknya di dalam bahasa Latin. Ayuh pemuda pemudi Islam, Bangkitlah kalian menentang kezaliman!!! Jangan gentar dengan musuh2 Islam. Selagi MATLAMAT kita satu, selagi MESEJ kita padu, selagi KEIKHLASAN kita jitu, selagi itulah kita akan bersatu!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

KEKOSONGAN JAWATAN!!

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

KELAYAKAN
-Anda tidak perlu bawa sijil2
-Anda tidak perlu bawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang @ harta
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik@hensem
-Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila2 masa saja. Ia akan berlembut kepada orang2 tertentu dan akan bengis kepada orang2 tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata padanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata padanya: Duduklah kamu, kemudian (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tntang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka malaikat berkata: Sesungghnya engkau akn mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang ditanya. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya. Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Muhammad dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaAllah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padannya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri, dan hujung kaki)!! Sila war2kan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu a’lam. Semoga anda berjaya dalam temuduga ini……..






PESANAN KASIH KAKAK UNTUK ADIK2KU



Wahai adik-adikku,
Pertama: peganglah hatimu dan ketahuilah langit tak selamanya mendung. Suatu hari matahari mu akan menyinari hidupmu. Adikanda akan menghirup angin dengan penuh kelegaan di dada. Hari itu akan datang dan perkara pertama yang perlu adikanda lakukan ialah dengan mempercayainya dengan sepenuh hati. keyakinan itu memainkan peranan penting dalam penyudah hidupmu.


Adikanda, di dalam dirimu telah Allah swt letakkan kekuatan dan keistimewaan. Namun keistimewaan dan keuatan ini tidak mungkin muncul jika ia tidak digilap. Tahukah adikanda bagaimana Allah menggilapnya? Ya Sayangku, Allah menggilap kekuatan jiwamu dan menyerlahkan keistimewaan dirimu dengan memberi kamu pembelajaran dari hidup. Hidup ini sebenarnya universiti yang paling lengkap. Itulah kesedaran yang perlu wujud di dalam dirimu.
Jika adikanda ingin bangun kembali, janganlah menyalahkan takdir terhadap apa yang terjadi. Jangan sesekali engkau membenci dirimu. Kita ini adikanda telah terdidik untuk menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kepada kita. Mungkin adikanda masih ingat sewaktu dirimu kecil, apabila kita terjatuh atau terhantuk atau sebagainya, cepat sangat kita diajar untuk memukul lantai atau meja kerana menyebabkan kita terjatuh atau terhantuk.
Jarang kita diajar untuk menyedari bahawa kitalah yang membikin diri kita jatuh. Mungkin adikanda masih melihat ada ibu bapa dan penjaga yang melakukan perkara ini untuk memujuk anak-anak kecil mereka supaya berhenti menangis. Budaya ini melekat dan sebati di dalam diri kita.


Justeru itu sayang, kita susah untuk mengambil iktibar daripada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada kita. Namun jika adikanda ingin bangun dari jatuhmu, janganlah menyalahkan takdir. Kuatkan kembali semangatmu, bangkit kembali. Kuatkan jiwa mu. Hadapilah onak dan duri hidup dgn penuh ketabahan.


Tuesday, May 26, 2009

Virus PENDIDIKAN Sekular

Sistem Pendidikan masa kini yang berteraskan pencapaian akademik telah melupakan kebolehan dan kemampuan seseorang di dalam aspek lain. Contoh ketara adalah kegilaan masyarakat mengejar deretan 'A' dalam akademik menyebabkan aspek pembinaan sahsiah terpinggir. Kecenderungan itu turut mengocak sistem pendidikan agama dan sekolah pondok. Niat yang ditanam di jiwa anak-anak tersasar jauh. Matlamat mengejar pencapaian akademik menyebabkan natijah utama terabai.

Wednesday, May 6, 2009

Wahai Diriku....Mengertilah...!!!

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini...
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu...?

7 Ayat-ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.

Amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sunday, April 12, 2009

Kasih Sahabat..


Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan
Walau ku terkadang alpa akan teman yang merapati
Namun kini segalanya sunyi…
Tika kita tidak lagi bersua…
Membisikkan kata-kata gurau senda
Hanya imbuhan menjadi nostalgia.


Pernah dulu kita berhalaqah
Bermuasyawarah bincang isu semasa
Berdebat menahan hujah jua agenda.


Kita menyedari dan menyelami
Pahit manis susah payah perjalanan ini
Kita timba segalanya bersama
Dengan satu fitrah satu amali
Kita kutip mutiara kata
Dari kitab mulia jua hadis Nabi
Jadi pedoman perkukuh ikatan
Penghalang dari segala kesesatan.


Kini segalanya berlalu…
Tinggal masa dan saatnya lagi
Andai kita terpisah kerana UKHUWAH FILLAH
Pasti di sana bertemu dengan kasihnya….
Seorang SAHABAT!!!

Saturday, April 11, 2009

Pelik?? Tapi Benar!!

شي غريب
Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana Kita melihat wang sesuatu yg besar (jumlahnya) ketikamana kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).Dan kita melihatnya kecil (jumlahnya) ketikamana kita bawanya ke pasar (untuk beberbelanja).

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana Kita melihat satu jam dalam mentaati Allah panjang (masanya).Tetapi alangkah cepatnya masa berlalu bagi 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam di depan internet.

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana dia menjadi seorang yg merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sebahagian dari Al-Qur'an. Tetapi merasa senang (dengan penuh minta) ketika membaca novel yg merangkumi 200 hingga 300 muka.

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana kita menerima tanpa usul periksa dan mempercayai apa yg diperkatakan akhbar. Tetapi kita banyak bertanya (seolah-olah tidak mempercayai) apa yg dikatakan oleh Al-Qur'an.

Sesuatu yg pelik!!
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yg hendak dikata dalam doa kita. Tetapi dengan mudah kita dapat berfikir untuk apa yg hendak dikatakan ketika kita berbual dengan kawan kita.

Sesuatu yg pelik!!
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yg hendak dikata dalam doa kita. Tetapi dengan mudah kita dapat berfikir untuk apa yg hendak dikatakan ketika kita berbual dengan kawan kita.

Sesuatu yg pelik!!
Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis (bukan ilmu), tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di akhir masjid (ketika solat atau majlis ilmu).

Sesuatu yg pelik!!!!
Bagaimana kita memerlukan masa yg lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an sedangkan dengan waktu yg singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata-senikata lagu.


"Hari ini amalan tanpa perhitungan, esok perhitungan tanpa amalan, maka rebutlah hari beramal untuk hari perhitungan".

Mendepani Islam Liberal...

Apa perasaan anda ketika membaca dengan seimbas lalu beberapa susunan kalimah yang menjadi mukadimah sebuah laman web yang mencerminkan sifatnya sebagai sebuah laman web yang Islamik seperti berikut, iaitu:
Dengan nama Allah
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Tuhan segala agama.

Adalah baik apabila memulakan apa jua pekerjaan dengan menyebut nama Allah.Bahkan ia suatu perkara yang terpuji. Tetapi, perasankah pada tiga patah kalimah dalam baris yang terakhir di atas? Pada fikiran anda sekalian, tidakkah ia memberi apa-apa pengertian atau makna tersirat? Atau ia adalah perkara biasa? Atau anda turut sama membenarkan apa yang diungkapkan tersebut? Kalau anda perasan. Inilah antara bahayanya apa yang dinamakan Islam Liberal. Dan pengaruhnya pila semakin menjalar ke dalam masyarakat kita di Malaysia.

Sudahlah umat Islam di Malaysia murtad dek hero-hero Hindu, murtad lagi dek kaya dan prihatinnya Kristian terhadap kebajikan insan-insan yang lemah iman lagi cetek ilmu agamanya, dan kini disesatkan pula oleh Islam Liberal!

Amat malang sekali apabila muncul golongan-golongan yang didatangi smangat untuk mengamalkan Islam dalam keadaan belum mempunyai asas sebelumnya tiba-tiba menemui apa yang dinamakan sebagai Islam Liberal ini ataupun mana-mana ajaran yang menyimpang seperti ajaran Ayah Pin. Golongan ini akan berpegang kemas dengan apa yang disangka adalah Islam yang sebenarnya sedangkan ianya adalah palsu. Golongan seperti inilah yang dilihat selalunya teguh dengan ajaran Islam. Bahkan lebih teguh pegangan dan amalan mereka berbanding golongan yang telah lama berkecimpung dalam agama sejak dari awal lagi.

Pendokong Islam Liberal bukan sembarangan penyesat. Antara mereka ada yang berstatus doktor falsafah seperti Dr. Nurcholis Majid atau mesra dikenali sebagai Cak Nur. Mereka bijak dalam berhujah, pandai bermain logik akal, serta keramahan mereka menawan hati sesiapa jua.

Nafsu mana tidak melonjak gembira apabila dapat bebas dari cengkaman agama. Lalu Islam Liberal datang mengatakan setiap individu bebas sama ada untuk menganut atau tidak menganut mana-mana agama. Manusia bebas untuk berpegang dengan mana-mana agama sebab semua agama adalah sama. Kononnya memperjuangkan hak wanita, mereka menentang hukum syariah. Atas nama mengangkat peranan dan fungsi otak, mereka meletakkan akal lebih tinggi daripada kalam Allah dan kalam Rasul. Merekalah munafik abad ini. Kulitnya Islam tapi isinya kufur. Apa yang mereka sebarkan ini adalah bidaah terkeji saat dunia mengecap era millennium baru.

Ditambah lagi, liputan mereka amatlah luas. Mereka diberi tempat oleh media-media massa, mendapat tempat pula di kalangan pembaca dan audiens. Mereka menerbitkan buku-buku, tulisan mereka tersiar di dada-dada akhbar, mereka mengadakan forum-forum dan mereka juga membangunkan laman web serta menghidupkannya. Bayangkanlah sekiranya buku-buku puak kristian apabila ditulis dalam judul-judul Islam pun sudah begitu mengelirukan, tidakkah buku-buku Islam Liberal lebih memperdayakan?

Berdepan dengan permasalahan-permasalahan umat Islam di Malaysia mahupun di mana jua, seperti masalah sosial, krisis akidah, dan sebagainya. Maka selalulah terpacul soalan: “apakah peranan mahasiswa Islam dalam masalah ini?”, apa yang perlu dan boleh dilakukan oleh mahasiswa Islam?”, dan pelbagai lagi soalan seumpamanya. Ini adalah kerana, mahasiswa Islamlah yang sedar dengan waqi’ semasa, faham dengan tugas dan perananya di hadapan Allah, jelas dengan tuntutan ilmu yang dipelajari. Ini sudah pasti masing-masing akan mencari jalan keluar bagi setiap penyakit umat. Bukan hanya mengharapkan orang lain. Masalah yang timbul di suatu tempat mungkin tidak sama di tempat yang lain lantas memerlukan jalan penyelesaian atau pendekatan yang juga berbeza.

Musuh Islam sudah berada di keliling pinggang. Dengan itu menghendaki kita bekerja dengan lebih gigih. Usaha dakwah mesti ditingkatkan. Para da’ie pula hendaklah bertindak dengan lebih profesional. Da’ie yang berketerampilan perlu dilahirkan. Mahasiswa perlu meningkatkan takwa kepada Allah kerana takwalah yang akan mewarnakan kegiatan dakwahnya. Iman perlu digilap. Ilmu perlu diperdalam. Maklumat semasa hendaklah dicerap seperti permasalahan Islam Liberal. Di sinilah menghendaki kita membuat pembacaan sendiri, mengkaji sendiri, dan membuat perbincangan sesama sendiri.

Mahasiswa mestilah dengan sukarela, tampil untuk di tarbiyah supaya mampu pula mentarbiah generasi-generasi akan datang. Islam tidak akan rugi sekiranya kita tidak mahu menyumbang bahkan kitalah yang akan rugi kerana tidak mahu menyumbang. Waktu yang ada pada kita tidaklah sebanyak mana. Tanggungjawab yang ada pula tidak mungkin dapat dilaksanakan semuanya berdasarkan masa yang ada. Oleh itu, masa yang ada mesti disusun dengan sebaiknya. Da’ie yang baik tidak dilahirkan dalam masa sehari.

“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian….”.

Coca-Cola minuman kegemaranku!!

Tahukah anda??? Kenalkah anda dgn minuman coca-cola?? Saban hari, saban waktu minuman ini menjadi penghilang dahaga kita, malah ianya menjadi minuman kegemaran sesetengah masyarakat. Wahai sahabat2ku semua, terutamanya kepada penggemar minuman ini, marilah sama2 kita mengislahkan diri dengan membaca artikel ini. Coke membawa maksud dadah kokain? Minuman ini asalnya dicipta untuk menghilangkan keletihan para pekerja buruh dan ketagihan mereka terhadap kokain. Antara kandungan asalnya ialah ekstrak daun koka yang mengandungi kokaina dan kekacang Cola dari Mongolia. Kandungan daun tersebut menyebabkan minuman Coca-Cola turut mempunyai sedikit unsur dadah kokain. Pada masa kini Coca-Cola menggunakan daun koka terpakai yang telah diekstrak kokainnya untuk memberi rasa kepada minuman tersebut. Namun molekul alkaloids kokaina tetap tidak dapat diekstrak, menyebabkan Coca-Cola masih mengandungi kesan perangsang.Kekacang Cola dari Mongolia yang turut menjadi kandungan utama dibeli secara senyap dari beberapa pengedar. Namun setelah hal itu diketahui oleh kerajaan Mongolia pada pertengahan tahun 80-an, harga komoditinya telah dinaikkan. Harga tinggi menyebabkan syarikat Coca-Cola mencari alternatif lain untuk menggantikan bahan tersebut yang menyebabkan rasa asalnya berubah.Kandungan gula dalam satu tin Coke ialah sebanyak 18 sudu teh! Namun dengan tambahan asid sitrik, ia bertindakbalas mengelirukan otak dengan cara memberi rangsangan kurang manis. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit diabetis dan menjejaskan kesihatan. Kajian pakar pemakanan mendedahkan bahawa peminum minuman bergas termasuklah Coca-Cola mempunyai pengambilan yang rendah untuk kalsium (boleh menyebabkan osteoporosis), magnesium, asid askorbik, riboflavin dan vitamin A. Bahan aktif dalam Coca-Cola ialah asid fosforik juga akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjangCoca-Cola ialah jenama minuman ringan Cola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola dari Amerika Syarikat Jenama komersial yang terkenal di seluruh dunia ini di cipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19 oleh Asa Griggs Candler. Setelah menerima nama Samaran Coke yang diguna secara meluas, syarikat tersebut kemudiannya mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.Sebahagian besar logotif Coca-Cola dikatakan dicipta oleh Frank Manson Robinson pada 1885 dan dinamai oleh beliau sendiri. Robinson telah memilih aksara kursif yang tersendiri untuk logonya dengan mukataip spencer yang diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan sebagai tulisan tangan yang rasmi di Amerka Syarikat pada masa itu.Botol Coca-Cola yang masyhur dengan gelaran 'botol kontur' telah dicipta oleh Earl R. Dean, yang diilhamkan dari gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung dan alurnya yang tersendiri semasa membelek halaman Eksiklopedia Britannica. Rekabentuk unik tersebut dipatenkan pada November 1915. Malah minuman ini juga adalah produk yang wajib kita BOIKOT!!! Sayangkan diri? Sayangkan Islam? Kalu sayanggg, buatlah perubahan!

Sumber: Majalah Wasilatul Ummah keluaran Januari 2009

Pertembungan Sains dengan Islam, mana nak dipilih??

Dalam artikel ini, ingin kukongsikan pengalaman seorang hamba Allah. Al-kisahnya bermula… Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah Memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland , Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
9. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.

Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya. Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalahini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang,double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati. Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

Friday, January 16, 2009

Buletin Tarbiyah


Shbtku,
Allah mnciptakan mnusia sama,
dgn sbaik2 kjadian,
cuma amalan mnusia i2 yg bbeza,
ad yg lalai dgn angan2,
ad yg tekun berusaha,
tentu nasib mrk blainan,
Kerana Allah maha Adil sifatNya..
" At-Tin: 4, Sesungguhnya Kami mnciptakan mnusia itu dgn sbaik2 kjadian"

Sedarlah Shbtku,
kita musafir ddunia,
kita kn pulang padaNya,
Hidup ddunia akn dttanya,
adakh diisi dgn sebaiknya,
atau keseronokan semata2?
mahukah kita hidup thina,
tnpa ilmu sebagai bekalnya,
kelak dsana rendah drjatnya..
" Al-Mujadilah: 11, Allah akn mengangkat org2 Beriman di antaramu dan org2 berilmu bbrapa darjat"

Ketahuilah Shbtku,
kemuliaan mnusia bukan pada luaran,
tp pada hati yg takutkn Allah,
oleh i2, tekadkan kyakinan,
Kau ummat pilihan,
lantaran i2, carilah REDHA ALLAH...
" Ali-Imran: 10, You are the best ummah"
" Al-Hujurat: 13, Sesungguhnya org yg paling mulia disisi Allah adalah org yg plg bertaqwa"

Shbtku,
bangkitlah dari lenamu yg panjang,
dan tak prnah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jgn biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kkuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah shbtku,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia.
jika tidak ddunia,
nun di syurga...

Posted by Hafizah... at 7:59 PM
Labels: