Sunday, April 12, 2009

Kasih Sahabat..


Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan
Walau ku terkadang alpa akan teman yang merapati
Namun kini segalanya sunyi…
Tika kita tidak lagi bersua…
Membisikkan kata-kata gurau senda
Hanya imbuhan menjadi nostalgia.


Pernah dulu kita berhalaqah
Bermuasyawarah bincang isu semasa
Berdebat menahan hujah jua agenda.


Kita menyedari dan menyelami
Pahit manis susah payah perjalanan ini
Kita timba segalanya bersama
Dengan satu fitrah satu amali
Kita kutip mutiara kata
Dari kitab mulia jua hadis Nabi
Jadi pedoman perkukuh ikatan
Penghalang dari segala kesesatan.


Kini segalanya berlalu…
Tinggal masa dan saatnya lagi
Andai kita terpisah kerana UKHUWAH FILLAH
Pasti di sana bertemu dengan kasihnya….
Seorang SAHABAT!!!

Saturday, April 11, 2009

Pelik?? Tapi Benar!!

شي غريب
Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana Kita melihat wang sesuatu yg besar (jumlahnya) ketikamana kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).Dan kita melihatnya kecil (jumlahnya) ketikamana kita bawanya ke pasar (untuk beberbelanja).

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana Kita melihat satu jam dalam mentaati Allah panjang (masanya).Tetapi alangkah cepatnya masa berlalu bagi 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam di depan internet.

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana dia menjadi seorang yg merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sebahagian dari Al-Qur'an. Tetapi merasa senang (dengan penuh minta) ketika membaca novel yg merangkumi 200 hingga 300 muka.

Sesuatu yg pelik!!
Bagaimana kita menerima tanpa usul periksa dan mempercayai apa yg diperkatakan akhbar. Tetapi kita banyak bertanya (seolah-olah tidak mempercayai) apa yg dikatakan oleh Al-Qur'an.

Sesuatu yg pelik!!
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yg hendak dikata dalam doa kita. Tetapi dengan mudah kita dapat berfikir untuk apa yg hendak dikatakan ketika kita berbual dengan kawan kita.

Sesuatu yg pelik!!
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yg hendak dikata dalam doa kita. Tetapi dengan mudah kita dapat berfikir untuk apa yg hendak dikatakan ketika kita berbual dengan kawan kita.

Sesuatu yg pelik!!
Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis (bukan ilmu), tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di akhir masjid (ketika solat atau majlis ilmu).

Sesuatu yg pelik!!!!
Bagaimana kita memerlukan masa yg lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an sedangkan dengan waktu yg singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata-senikata lagu.


"Hari ini amalan tanpa perhitungan, esok perhitungan tanpa amalan, maka rebutlah hari beramal untuk hari perhitungan".

Mendepani Islam Liberal...

Apa perasaan anda ketika membaca dengan seimbas lalu beberapa susunan kalimah yang menjadi mukadimah sebuah laman web yang mencerminkan sifatnya sebagai sebuah laman web yang Islamik seperti berikut, iaitu:
Dengan nama Allah
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Tuhan segala agama.

Adalah baik apabila memulakan apa jua pekerjaan dengan menyebut nama Allah.Bahkan ia suatu perkara yang terpuji. Tetapi, perasankah pada tiga patah kalimah dalam baris yang terakhir di atas? Pada fikiran anda sekalian, tidakkah ia memberi apa-apa pengertian atau makna tersirat? Atau ia adalah perkara biasa? Atau anda turut sama membenarkan apa yang diungkapkan tersebut? Kalau anda perasan. Inilah antara bahayanya apa yang dinamakan Islam Liberal. Dan pengaruhnya pila semakin menjalar ke dalam masyarakat kita di Malaysia.

Sudahlah umat Islam di Malaysia murtad dek hero-hero Hindu, murtad lagi dek kaya dan prihatinnya Kristian terhadap kebajikan insan-insan yang lemah iman lagi cetek ilmu agamanya, dan kini disesatkan pula oleh Islam Liberal!

Amat malang sekali apabila muncul golongan-golongan yang didatangi smangat untuk mengamalkan Islam dalam keadaan belum mempunyai asas sebelumnya tiba-tiba menemui apa yang dinamakan sebagai Islam Liberal ini ataupun mana-mana ajaran yang menyimpang seperti ajaran Ayah Pin. Golongan ini akan berpegang kemas dengan apa yang disangka adalah Islam yang sebenarnya sedangkan ianya adalah palsu. Golongan seperti inilah yang dilihat selalunya teguh dengan ajaran Islam. Bahkan lebih teguh pegangan dan amalan mereka berbanding golongan yang telah lama berkecimpung dalam agama sejak dari awal lagi.

Pendokong Islam Liberal bukan sembarangan penyesat. Antara mereka ada yang berstatus doktor falsafah seperti Dr. Nurcholis Majid atau mesra dikenali sebagai Cak Nur. Mereka bijak dalam berhujah, pandai bermain logik akal, serta keramahan mereka menawan hati sesiapa jua.

Nafsu mana tidak melonjak gembira apabila dapat bebas dari cengkaman agama. Lalu Islam Liberal datang mengatakan setiap individu bebas sama ada untuk menganut atau tidak menganut mana-mana agama. Manusia bebas untuk berpegang dengan mana-mana agama sebab semua agama adalah sama. Kononnya memperjuangkan hak wanita, mereka menentang hukum syariah. Atas nama mengangkat peranan dan fungsi otak, mereka meletakkan akal lebih tinggi daripada kalam Allah dan kalam Rasul. Merekalah munafik abad ini. Kulitnya Islam tapi isinya kufur. Apa yang mereka sebarkan ini adalah bidaah terkeji saat dunia mengecap era millennium baru.

Ditambah lagi, liputan mereka amatlah luas. Mereka diberi tempat oleh media-media massa, mendapat tempat pula di kalangan pembaca dan audiens. Mereka menerbitkan buku-buku, tulisan mereka tersiar di dada-dada akhbar, mereka mengadakan forum-forum dan mereka juga membangunkan laman web serta menghidupkannya. Bayangkanlah sekiranya buku-buku puak kristian apabila ditulis dalam judul-judul Islam pun sudah begitu mengelirukan, tidakkah buku-buku Islam Liberal lebih memperdayakan?

Berdepan dengan permasalahan-permasalahan umat Islam di Malaysia mahupun di mana jua, seperti masalah sosial, krisis akidah, dan sebagainya. Maka selalulah terpacul soalan: “apakah peranan mahasiswa Islam dalam masalah ini?”, apa yang perlu dan boleh dilakukan oleh mahasiswa Islam?”, dan pelbagai lagi soalan seumpamanya. Ini adalah kerana, mahasiswa Islamlah yang sedar dengan waqi’ semasa, faham dengan tugas dan perananya di hadapan Allah, jelas dengan tuntutan ilmu yang dipelajari. Ini sudah pasti masing-masing akan mencari jalan keluar bagi setiap penyakit umat. Bukan hanya mengharapkan orang lain. Masalah yang timbul di suatu tempat mungkin tidak sama di tempat yang lain lantas memerlukan jalan penyelesaian atau pendekatan yang juga berbeza.

Musuh Islam sudah berada di keliling pinggang. Dengan itu menghendaki kita bekerja dengan lebih gigih. Usaha dakwah mesti ditingkatkan. Para da’ie pula hendaklah bertindak dengan lebih profesional. Da’ie yang berketerampilan perlu dilahirkan. Mahasiswa perlu meningkatkan takwa kepada Allah kerana takwalah yang akan mewarnakan kegiatan dakwahnya. Iman perlu digilap. Ilmu perlu diperdalam. Maklumat semasa hendaklah dicerap seperti permasalahan Islam Liberal. Di sinilah menghendaki kita membuat pembacaan sendiri, mengkaji sendiri, dan membuat perbincangan sesama sendiri.

Mahasiswa mestilah dengan sukarela, tampil untuk di tarbiyah supaya mampu pula mentarbiah generasi-generasi akan datang. Islam tidak akan rugi sekiranya kita tidak mahu menyumbang bahkan kitalah yang akan rugi kerana tidak mahu menyumbang. Waktu yang ada pada kita tidaklah sebanyak mana. Tanggungjawab yang ada pula tidak mungkin dapat dilaksanakan semuanya berdasarkan masa yang ada. Oleh itu, masa yang ada mesti disusun dengan sebaiknya. Da’ie yang baik tidak dilahirkan dalam masa sehari.

“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian….”.

Coca-Cola minuman kegemaranku!!

Tahukah anda??? Kenalkah anda dgn minuman coca-cola?? Saban hari, saban waktu minuman ini menjadi penghilang dahaga kita, malah ianya menjadi minuman kegemaran sesetengah masyarakat. Wahai sahabat2ku semua, terutamanya kepada penggemar minuman ini, marilah sama2 kita mengislahkan diri dengan membaca artikel ini. Coke membawa maksud dadah kokain? Minuman ini asalnya dicipta untuk menghilangkan keletihan para pekerja buruh dan ketagihan mereka terhadap kokain. Antara kandungan asalnya ialah ekstrak daun koka yang mengandungi kokaina dan kekacang Cola dari Mongolia. Kandungan daun tersebut menyebabkan minuman Coca-Cola turut mempunyai sedikit unsur dadah kokain. Pada masa kini Coca-Cola menggunakan daun koka terpakai yang telah diekstrak kokainnya untuk memberi rasa kepada minuman tersebut. Namun molekul alkaloids kokaina tetap tidak dapat diekstrak, menyebabkan Coca-Cola masih mengandungi kesan perangsang.Kekacang Cola dari Mongolia yang turut menjadi kandungan utama dibeli secara senyap dari beberapa pengedar. Namun setelah hal itu diketahui oleh kerajaan Mongolia pada pertengahan tahun 80-an, harga komoditinya telah dinaikkan. Harga tinggi menyebabkan syarikat Coca-Cola mencari alternatif lain untuk menggantikan bahan tersebut yang menyebabkan rasa asalnya berubah.Kandungan gula dalam satu tin Coke ialah sebanyak 18 sudu teh! Namun dengan tambahan asid sitrik, ia bertindakbalas mengelirukan otak dengan cara memberi rangsangan kurang manis. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit diabetis dan menjejaskan kesihatan. Kajian pakar pemakanan mendedahkan bahawa peminum minuman bergas termasuklah Coca-Cola mempunyai pengambilan yang rendah untuk kalsium (boleh menyebabkan osteoporosis), magnesium, asid askorbik, riboflavin dan vitamin A. Bahan aktif dalam Coca-Cola ialah asid fosforik juga akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjangCoca-Cola ialah jenama minuman ringan Cola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola dari Amerika Syarikat Jenama komersial yang terkenal di seluruh dunia ini di cipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19 oleh Asa Griggs Candler. Setelah menerima nama Samaran Coke yang diguna secara meluas, syarikat tersebut kemudiannya mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.Sebahagian besar logotif Coca-Cola dikatakan dicipta oleh Frank Manson Robinson pada 1885 dan dinamai oleh beliau sendiri. Robinson telah memilih aksara kursif yang tersendiri untuk logonya dengan mukataip spencer yang diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan sebagai tulisan tangan yang rasmi di Amerka Syarikat pada masa itu.Botol Coca-Cola yang masyhur dengan gelaran 'botol kontur' telah dicipta oleh Earl R. Dean, yang diilhamkan dari gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung dan alurnya yang tersendiri semasa membelek halaman Eksiklopedia Britannica. Rekabentuk unik tersebut dipatenkan pada November 1915. Malah minuman ini juga adalah produk yang wajib kita BOIKOT!!! Sayangkan diri? Sayangkan Islam? Kalu sayanggg, buatlah perubahan!

Sumber: Majalah Wasilatul Ummah keluaran Januari 2009

Pertembungan Sains dengan Islam, mana nak dipilih??

Dalam artikel ini, ingin kukongsikan pengalaman seorang hamba Allah. Al-kisahnya bermula… Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah Memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland , Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
9. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.

Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya. Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalahini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang,double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati. Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.