Sunday, March 4, 2012

Ikhlas Dariku..



Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa aku sangat bersyukur kepada Allah,

atas anugerah terbesar yang pernah aku terima.

Seorang suami yang sedarhana,

namun keredhaan & keikhlasannya menerima diriku sebagai isterinya,

membuat aku tidak henti bahkan tidak akan pernah berhenti bersyukur kepada Allah,

atas pernikahan paling indah yang diberikan oleh Nya kepadaku.


Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa besar rasa maluku,

kerana masih banyak kekurangan pada diriku.

Dan sungguh banyak kelebihannya,

yang mungkin aku tidak akan mampu menandinginya,

dia lelaki ikhlas menerima segala kelemahan & kekuranganku sebagai isteri.


Ketika kutatap wajah suamiku,

betapa bangga & bersemangatnya diriku,

kerana dukungannya terhadap perjuanganku untuk terus memperbaiki diri,

aku memang bukan perempuan yang sempurna,

dan dia juga bukan lelaki yang sempurna,

tetapi Allah telah memilihnya untuk menjadi pasangan hidupku

dan juga ayah anak-anakku,

semoga inilah yang terbaik menurut Sang Maha Penentu Takdir.


Ketika kutatap wajah suamiku...

disaat dia sedang lelap tertidur,

tidak terasa menetes air mataku,

kerana rasa syukur kepada Allah atas anugerah terbesarNya..

2 comments:

Ana said...

Semoga terus thabat menjadi serikandi Islam~

dengan penuh ukhuwwah, ku doakan kita terus dipilih untuk berada di jalan yang diredhaiNya.amiin

Anonymous said...

Subhanallah.. indahnya percintaan selepas pernikahan.. mudahan2 akak dan zauj bercinta hingga ke syurga.. doakan adikmu ini juga ye kak..:-)