Tuesday, August 4, 2009

PESANAN KASIH KAKAK UNTUK ADIK2KU



Wahai adik-adikku,
Pertama: peganglah hatimu dan ketahuilah langit tak selamanya mendung. Suatu hari matahari mu akan menyinari hidupmu. Adikanda akan menghirup angin dengan penuh kelegaan di dada. Hari itu akan datang dan perkara pertama yang perlu adikanda lakukan ialah dengan mempercayainya dengan sepenuh hati. keyakinan itu memainkan peranan penting dalam penyudah hidupmu.


Adikanda, di dalam dirimu telah Allah swt letakkan kekuatan dan keistimewaan. Namun keistimewaan dan keuatan ini tidak mungkin muncul jika ia tidak digilap. Tahukah adikanda bagaimana Allah menggilapnya? Ya Sayangku, Allah menggilap kekuatan jiwamu dan menyerlahkan keistimewaan dirimu dengan memberi kamu pembelajaran dari hidup. Hidup ini sebenarnya universiti yang paling lengkap. Itulah kesedaran yang perlu wujud di dalam dirimu.
Jika adikanda ingin bangun kembali, janganlah menyalahkan takdir terhadap apa yang terjadi. Jangan sesekali engkau membenci dirimu. Kita ini adikanda telah terdidik untuk menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kepada kita. Mungkin adikanda masih ingat sewaktu dirimu kecil, apabila kita terjatuh atau terhantuk atau sebagainya, cepat sangat kita diajar untuk memukul lantai atau meja kerana menyebabkan kita terjatuh atau terhantuk.
Jarang kita diajar untuk menyedari bahawa kitalah yang membikin diri kita jatuh. Mungkin adikanda masih melihat ada ibu bapa dan penjaga yang melakukan perkara ini untuk memujuk anak-anak kecil mereka supaya berhenti menangis. Budaya ini melekat dan sebati di dalam diri kita.


Justeru itu sayang, kita susah untuk mengambil iktibar daripada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada kita. Namun jika adikanda ingin bangun dari jatuhmu, janganlah menyalahkan takdir. Kuatkan kembali semangatmu, bangkit kembali. Kuatkan jiwa mu. Hadapilah onak dan duri hidup dgn penuh ketabahan.


No comments: