Tuesday, September 22, 2009

SETIAP DARI KAMU ADALAH PEMIMPIN




"Kalau seorang muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mestilah bangga tatkala dia berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH." (Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La’ Tahzan)



“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan Negara. Tarbiyah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angina lembut yang tiba2 meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora." (Wadasar Dzulkhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 07-08)

Thursday, September 17, 2009

Kawan2 Jom Contohi Rasulullah s.a.w


Apakah rahsianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah s.a.w adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Ingatlah, dlm tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. BUKHARI DAN MUSLIM).


Mampu sahaja kita memakai segala apa pun yang indah2. Namun, kalau tidak memiliki hati yang indah, demi Allah, tidak akan pernah ada keindahan yang sebenarnya.

Tuesday, September 8, 2009

Pemimpin Zaman Ini

Kepimpinan adalah tanggungjawab adalah pemimpin. Bukannya jawatan untuk mengaut keuntungan peribadi. Allah berfirman: “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hukum di antara manusia, kamu menetapkannya dgn adil. “Sesungguhnya Allah mmberikan pengajarn yang sebaik2nya kpd kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisa’ :58). Ayat ini dturunkan kepada pemimpin supaya mnunaikan amanah ketika melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan urusan rakyat. Banyak lagi firman Allah yang berkaitan dgn “pemimpin”, apa itu amanah?? Tanggungjawab???.....

Andai kata kita memilih golongan yang cetek ilmu agama, tidak bertanggungjawab, amanah, ini bermakna kita melanggar perintah Allah kerana perbuatan kita meruntuhkan yang makruf dan menyemarakkan perbuatan mungkar. Inilah yang sedang berlaku dinegara malaysia yang dilebalkan sebagai ISLAM HADHARI. Lihat saja di Kuala Lumpur, berapa banyak disko yang diluluskan dan dijalankan perniagaannya pada malam hari sehingga berlaku kesesakan lalu lintas..

Hari ini jawatan kepimpinan menjadi rebutan di kalangan mereka yang berkepentingan (kroni2nya). Media massa dan taktik kotor digunakan bagi memperdaya masyarakat demi memancing pengaruh dan undi. Masyarakat pula tidak mementingkan amanah dan taqwa semasa memilih pemimpin. Apa yang lebih penting adalah projek, keuntungan dan material. Apabila ini berlaku, kehancuran dan kemusnahan menimpa masyarakat sebagaimana yang disabdakan nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: “Apabila urusan (umat) diserahkan kepada MEREKA YANG TIDAK LAYAK, tunggulah kehancuran.” Terlalu banyak porak peranda yang berlaku pada hari ini untuk dicoretkan. Contoh paling baik adalah Mustafa Kamal Ataturk, pemimpin negara Turki selepas kejatuhan Empayar Othmaniah. Selepas menjadi pemimpin turki, beliau melarang pemakaian pakaian Islam dan menggalakkan pemakaian ala barat. Beliau juga tidak mengizinkan azan dilaungkan di dalam bahasa arab sebaliknya di dalam bahasa Latin. Ayuh pemuda pemudi Islam, Bangkitlah kalian menentang kezaliman!!! Jangan gentar dengan musuh2 Islam. Selagi MATLAMAT kita satu, selagi MESEJ kita padu, selagi KEIKHLASAN kita jitu, selagi itulah kita akan bersatu!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

KEKOSONGAN JAWATAN!!

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

KELAYAKAN
-Anda tidak perlu bawa sijil2
-Anda tidak perlu bawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang @ harta
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik@hensem
-Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila2 masa saja. Ia akan berlembut kepada orang2 tertentu dan akan bengis kepada orang2 tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata padanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata padanya: Duduklah kamu, kemudian (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tntang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka malaikat berkata: Sesungghnya engkau akn mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang ditanya. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya. Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Muhammad dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaAllah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padannya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri, dan hujung kaki)!! Sila war2kan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu a’lam. Semoga anda berjaya dalam temuduga ini……..






PESANAN KASIH KAKAK UNTUK ADIK2KU



Wahai adik-adikku,
Pertama: peganglah hatimu dan ketahuilah langit tak selamanya mendung. Suatu hari matahari mu akan menyinari hidupmu. Adikanda akan menghirup angin dengan penuh kelegaan di dada. Hari itu akan datang dan perkara pertama yang perlu adikanda lakukan ialah dengan mempercayainya dengan sepenuh hati. keyakinan itu memainkan peranan penting dalam penyudah hidupmu.


Adikanda, di dalam dirimu telah Allah swt letakkan kekuatan dan keistimewaan. Namun keistimewaan dan keuatan ini tidak mungkin muncul jika ia tidak digilap. Tahukah adikanda bagaimana Allah menggilapnya? Ya Sayangku, Allah menggilap kekuatan jiwamu dan menyerlahkan keistimewaan dirimu dengan memberi kamu pembelajaran dari hidup. Hidup ini sebenarnya universiti yang paling lengkap. Itulah kesedaran yang perlu wujud di dalam dirimu.
Jika adikanda ingin bangun kembali, janganlah menyalahkan takdir terhadap apa yang terjadi. Jangan sesekali engkau membenci dirimu. Kita ini adikanda telah terdidik untuk menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kepada kita. Mungkin adikanda masih ingat sewaktu dirimu kecil, apabila kita terjatuh atau terhantuk atau sebagainya, cepat sangat kita diajar untuk memukul lantai atau meja kerana menyebabkan kita terjatuh atau terhantuk.
Jarang kita diajar untuk menyedari bahawa kitalah yang membikin diri kita jatuh. Mungkin adikanda masih melihat ada ibu bapa dan penjaga yang melakukan perkara ini untuk memujuk anak-anak kecil mereka supaya berhenti menangis. Budaya ini melekat dan sebati di dalam diri kita.


Justeru itu sayang, kita susah untuk mengambil iktibar daripada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada kita. Namun jika adikanda ingin bangun dari jatuhmu, janganlah menyalahkan takdir. Kuatkan kembali semangatmu, bangkit kembali. Kuatkan jiwa mu. Hadapilah onak dan duri hidup dgn penuh ketabahan.


Tuesday, May 26, 2009

Virus PENDIDIKAN Sekular

Sistem Pendidikan masa kini yang berteraskan pencapaian akademik telah melupakan kebolehan dan kemampuan seseorang di dalam aspek lain. Contoh ketara adalah kegilaan masyarakat mengejar deretan 'A' dalam akademik menyebabkan aspek pembinaan sahsiah terpinggir. Kecenderungan itu turut mengocak sistem pendidikan agama dan sekolah pondok. Niat yang ditanam di jiwa anak-anak tersasar jauh. Matlamat mengejar pencapaian akademik menyebabkan natijah utama terabai.

Wednesday, May 6, 2009

Wahai Diriku....Mengertilah...!!!

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini...
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu...?